top of page

Sexual and Gender-based violence

Oleh:

Karen Lai

Gabungan:

Women's Centre for Change, Penang

Kod Dasar:

2c Women

Pernyataan masalah:

Domestic and sexual violence against women and children remains a grave concern in Malaysia. The situation is exacerbated by the Covid-19 pandemic and movement restrictions. The number of cases reported is merely the tip of the iceberg, due to underreporting. Additionally, government data is scant and not readily accessible to the public, obscuring the true extent of the problem.

Victims of domestic and sexual violence face various barriers accessing justice. Despite existing legislation which protects them, they are often unaware of their rights and the procedures involved. Even where the crimes are reported, they are poorly handled by government agencies involved who tend to work in silos, and who lack sensitivity when handling victims. Poor attitudes and victim blaming are not uncommon.

Nilai dan Kepercayaan:

Freedom from violence is a fundamental human right for women and children. The Malaysian government has a duty under CEDAW, CRC, and other international human rights instruments to uphold these rights. Interventions must include a rights-based (as opposed to welfarist) approach and meaningful engagement with stakeholders including civil society.

Cadangan Penyelesaian:

1. Government agencies should have greater consultation and dialogues with women and children’s NGOs working on sexual and gender-based violence (SGBV) to arrive at more holistic interventions to address SGBV.

2. The government should recognise the role of NGOs who are providing critical services on the ground for women and children by allocating annual grants for them.

3. The government should collaborate with women’s NGOs to train government agencies to be more sensitive and professional when handling victims of SGBV.

4. The government should collaborate with women’s NGOs to raise awareness so that members of the public are able to play a more supportive role in addressing SGBV issues.

5. Government agencies should work in an integrated manner to ensure the seamless provision of support for victims to access their rights.

6. The government should develop a comprehensive data collection system on SGBV which includes NGO data, and it should be made publicly accessible so that better interventions and strategies can be formulated.

Maklumat tambahan:

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Keganasan rumah tangga dan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak masih menjadi isu yang membimbangkan di Malaysia. Keadaan ini semakin meruncing akibat pandemik Covid-19 dan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Bilangan kes yang dilaporkan tidak menggambarkan keseluruhan masalah ini akibat kekurangan laporan yang dibuat. Tambahan pula, data yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak menyeluruh dan sukar diakses oleh orang awam, sekaligus mengaburi keseriusan masalah ini.
Mangsa-mangsa keganasan domestik dan seksual menghadapi pelbagai halangan untuk mendapatkan keadilan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang yang melindungi mereka, mangsa-mangsa ini kerap kali tidak sedar mengenai hak mereka serta prosedur yang terlibat. Sekalipun jenayah-jenayah ini dilaporkan, ia tidak ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi kerajaan terlibat yang kurang bekerjasama sesama sendiri serta kurang peka atau prihatin sewaktu mengendalikan mangsa. Sikap negatif dan mentaliti menyalahkan mangsa juga tidak asing dalam situasi ini.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Kebebasan daripada keganasan adalah hak asasi wanita dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab di bawah CEDAW, CRC, dan instrumen hak asasi antarabangsa yang lain untuk menegakkan hak-hak ini. Tindakan yang diambil mestilah merangkumi pendekatan berasaskan hak dan bukannya kebajikan semata-mata, serta penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk masyarakat madani secara bermakna.

Penyelesaian:

Agensi kerajaan perlu meningkatkan konsultasi dan dialog dengan NGO wanita dan kanak-kanak yang mengendalikan keganasan seksual dan berasaskan gender untuk mencapai tindakan yang lebih holistik untuk menangani isu-isu tersebut.
Kerajaan perlu mengiktiraf peranan NGO yang menyediakan perkhidmatan kritikal kepada wanita dan kanak-kanak dengan memperuntukkan geran tahunan kepada NGO tersebut.
Kerajaan perlu bekerjasama dengan NGO wanita bagi melatih agensi kerajaan supaya lebih peka dan profesional sewaktu mengendalikan mangsa keganasan seksual dan keganasan berasaskan gender.
Kerajaan perlu bekerjasama dengan NGO wanita bagi meningkatkan kesedaran awam supaya orang awam dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyokong dan menangani isu keganasan seksual dan berasaskan gender.
Agensi-agensi kerajaan perlu bekerja secara bersepadu untuk memastikan kesinambungan sokongan kepada mangsa untuk mengakses hak mereka. 6. Kerajaan perlu membangunkan sistem pengumpulan data yang komprehensif mengenai keganasan seksual dan berasaskan gender, termasuk data daripada NGO, dan sistem tersebut harus mudah diakses oleh orang awam, agar tindakan dan strategi yang lebih baik dapat dirangka.

Maklumat Tambahan:

~

bottom of page