top of page

Abolish contract system for support service workers in public premises

Oleh:

Danial Hakeem

Gabungan:

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan

Kod Dasar:

3h Labour

Pernyataan masalah:

The contract system for support services (eg cleaners & guards) in public premises (eg schools & hospitals) benefits nobody but the contractors. The workers condition since the outsourcing has been deteriorating, losing benefits and basic labor rights such as annual increment & job security, as they're employed by private entities with turnover every 3 years. They also receive no medical leave & no annual leave, or they pay the replacer themselves. Malpractices are rampant across the country, employers did not contribute to their KWSP & SOCSO, overtime rate not paid adequately, unlawful wage cuts, hiring workers exceeding retiree age, among others. The pandemic exposed this broken system further, with them not even recognized as front-liners, but received heavier work load, and was not provided masks & gloves adequately. Current system also favors cronies & used to award political loyalty. Procurement process is non-transparent with no accountability. Dependence on contractors are manufactured in the name of cost-saving, efficiency & service quality upgrade.

Nilai dan Kepercayaan:

The workers are the one who earned wealth and must enjoy the full benefits of government funding allocated for their services. Minor administration work usually done by contractors can be done by school/hospital administrative department. The dependence on contractors are manufactured in the name of cost-saving & efficiency, austerity measures which benefits the few rather than the many.

Cadangan Penyelesaian:

The full absorption of support service workers in public premises as full time government employee. Direct employment will guarantee these workers rights and benefits as enjoyed by other employees who were already employed directly in these premises like doctors & teachers. In case of reforms, during the procurement process; such as banning subcontracting, regulating the appointment of procurement board members. Legal reforms; removing secrecy laws, include external party as monitors. Operational reforms; such as blacklisting contractors who violates workers rights, including special clause of cancellation taking bond money from contractors as security money for workers. And most importantly, workers right reforms, as stated in the employment act, and to be adequately protected during the pandemic with vaccination priority, proper PPE and frontliners' allowance.

Maklumat tambahan:

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Sistem kontrak untuk perkhidmatan sokongan di premis awam (contohnya sekolah & hospital) tidak menguntungkan pekerja. Keadaan pekerja sejak penswastaan semakin merosot, kehilangan faedah dan hak pekerja asas seperti kenaikan gaji tahunan & keselamatan pekerjaan, kerana mereka mengikat kontrak dengan entiti swasta untuk setiap 3 tahun. Mereka juga tidak mendapat cuti perubatan & tidak ada cuti tahunan, atau mereka perlu mengganti cuti. Penyelewengan berleluasa di seluruh negara dengan majikan tidak menyumbang kepada KWSP & PERKESO, kadar kerja lebih masa tidak dibayar dengan cukup, pemotongan gaji yang tidak sah, pengambilan pekerja melebihi usia bersara, adalah antara salah laku berlaku.

Pandemik ini memperlihatkan sistem yang rosak ini lebih jelas. Pekerja-pekerja ini tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan walaupun menerima beban kerja yang berat. Malah mereka tidak disediakan pelitup muka dan sarung tangan yang secukupnya.

Sistem semasa yang memihak kepada kroni dan digunakan sebagai timbal balik kesetiaan politik menyebabkan proses perolehan menjadi tidak telus dan tanpa akauntabiliti justeru mereka bebas daripada tindakan undang-undang walaupun perkhidmatan kontraktor dibuat atas alasan penjimatan kos, kecekapan dan peningkatan kualiti perkhidmatan.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Pekerja adalah penjana kekayaan kepada kontraktor dan faedah-faedah dari dana kerajaan yang diperuntukkan untuk perkhidmatan mereka mesti dinikmati sepenuhnya. Kerja-kerja pentadbiran kecil yang biasanya dilakukan oleh kontraktor boleh dilakukan oleh jabatan pentadbiran sekolah / hospital. Kebergantungan pada kontraktor dibuat atas nama penjimatan kos, meningkatkan kecekapan dan sebagai langkah berjimat cermat sebenarnya menguntungkan kontraktor kroni berbanding pekerja yang berjumlah hampir 300,000 orang.

Penyelesaian:

Penyerapan sepenuhnya pekerja perkhidmatan sokongan di premis awam sebagai kakitangan kerajaan sepenuh masa. Berada dalam perkhidmatan kerajaan secara langsung akan menjamin hak dan faedah kepada pekerja seperti yang dinikmati oleh pekerja-pekerja lain yang sudah bekerja secara langsung di premis ini seperti doktor & guru. Pembaharuan boleh dilakukan dalam semasa proses pemerolehan; seperti melarang subkontrak dan mengatur pelantikan anggota jawatankuasa perolehan. Pembaharuan undang-undang misalnya menghapus undang-undang kerahsiaan dan melibatkan pemerhati daripada pihak luar seperti kesatuan sekerja. Pembaharuan operasi; seperti menyenarai hitam kontraktor yang melanggar hak pekerja, termasuk klausa khas pembatalan, dan mengambil wang cagaran daripada kontraktor sebagai wang keselamatan untuk pekerja. Paling penting adalah reformasi hak pekerja, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pekerjaan dan melindungi pekerja secara secukupnya sepanjang pandemik dengan mengutamakan vaksinasi serta PPE yang cukup.

Maklumat Tambahan:

bottom of page