top of page

Pihak Majlis Pembandaran mengambilalih penyelenggaraan di Flat Kos Rendah

Oleh:

Madhavi Sahatuan

Gabungan:

MARHAEN (PSM)

Kod Dasar:

3e Economic Justice

Pernyataan masalah:

Satu masalah besar yang dihadapi oleh JMB Flats Kos Rendah adalah kesukaran
mengutip yuran penyelenggaraan daripada penduduk flats. Mengikut pengalaman kami hanya 30% penduduk sahaja yang membayar yuran penyelenggaraan secara konsisten. Selebihnya tidak dapat dikutip kerana penduduk berpendapat rendah dan tidak mampu membayar yuran setiap bulan. Selain itu, kebanyakan flats dihuni oleh penyewa dan pekerja migran. Jadi, Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak dapat mengambil tindakan secara berkesan terhadap penghuni yang tidak membayar yuran penyelenggaraan.

Keadaan ini amat membebankan JMB di flats kos rendah. Akibatnya keadaan di flats kos rendah adalah rata-rata tidak terurus, kotor dan tidak sesuai untuk dihuni.

Nilai dan Kepercayaan:

Berdasarkan perbandingan antara perkhidmatan PBT untuk rumah teres kos rendah dan flat kos rendah, penduduk flats kos rendah terpaksa membayar berganda untuk perkhidmatan yang kurang dari PBT.
Adalah tidak wajar golongan ini dikenakan bayaran yang lebih tinggi dan tidak mendapat perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk rumah teres kos rendah.

Cadangan Penyelesaian:

Penghuni Flat Kos Rendah hanya perlu membayar dua jenis cukai iaitu Cukai Taksiran (6 bulan sekali) dan Cukai Tanah/Petak (setahun sekali) sepertimana rumah teres kos rendah. Maka syorkan kedua pembayaran ini diteruskan dengan pemansuhan yuran penyelenggaraan yang dipungut oleh JMB.

Bayaran harus dibuat terus kepada Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah seperti biasa.

Pihak Majlis Pembandaran mengambilalih penyelenggaraan dan memberi perkhidmatan sama yang diberikan kepada rumah teres kos rendah. Perkhidmatan in meliputi kutipan sampah, pembersihan corridor, pembersihan longkang, taman permainan serta lampu jalan dan jalan raya dalam kawasan flats.


Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian:

bottom of page