# manifestorakyat2021
Menggubalkan Dasar pendidikan kepelbagaian budaya dan bahasa dalam sistem pendidikan negara
Oleh:
Kong Wee Cheng
Gabungan:
United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong), The United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)
Kod Dasar:
3f Education
Pernyataan masalah:
Malaysia mempunyai kelebihan dan keunikan dari segi kekayaan bahasa dan budaya. Namun pendidikan negara belum mempunyai dasar atau polisi untuk menghayati kepelbagaian yang terwujud dalam masyarakat Malaysia.
Sistem pendidikan negara seharusnya mengutamakan kepelbagaian tersebut dan memperkembangkan kelebihan tersebut.
Nilai dan Kepercayaan:
Dalam zaman globalisasi, kefasihan dan penguasaan beberapa bahasa merupakan aset yang membolehkan rakyat Malaysia berdaya saing di persada dunia.
UNESCO dan pelbagai kajian akademik telah membukti bahawa P&P dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan terhadap pencapaian pelajar.
Hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda seharusnya dilindungi supaya kepelbagaian ini terpelihara serta diperkembangkan.
Cadangan Penyelesaian:
Pemindaan Dasar Pendidikan Negara atau menggubal dasar Pendidikan kepelbagaian budaya dan bahasa.
Pengiktirafan kedudukan pendidikan bahasa ibunda dalam dasar pendidikan negara, serta pemupukan prinsip perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) supaya kepelbagaian budaya dan bahasa dihormati dan kesepaduan sosial dapat dibentuk.
Terjemahan
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian: