# manifestorakyat2021
Sukatan pelajaran juga harus mempunyai kandungan tempatan (khususnya budaya orang asal Sabah dan Sarawak supaya anak muda Sabahan dan Sarawakian dapat memahami budaya tempatan mereka.)
Pencadang:
Esther Sinirisan Chong
Gabungan:
Agora Society Malaysia
Kod Dasar:
2g1 Sabah
Pernyataan Masalah / Isu:
Sukatan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah harus mempunyai kandungan tempatan supaya anak-anak Sabahan dan Sarawak dapat memahami budaya mereka. Selain kurikulum pendidikan adanya menawarkan Bahasa Ibunda orang asal Sabah dan Sarawak seperti bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban diadakan di sekolah- sekolah yang mana adanya 15 orang pelajar atau lebih. Namum polisi ini dapat diperbaikikan lagi dengan adanya kandungan unsur- unsur budaya setempat dalam sukatan pelajaran diperingkat kebangsaan, bahkan kurikulum pendidikan yang lebih fleksibiliti diperingkat kebangsaan supaya sekolah -sekolah mempunyai autonomi dalam menentukan sukatan yang sesuai dengan masyarakat setempat.
Nilai dan Kepercayaan:
Pemupukan pengetahuan dan kefahaman budaya haruslah diadakan dan dimasukkan dalam sukatan pelajaran / kurikulum pendidikan kebangsaan.
Cadangan Penyelesaian dan Seruan Tindakan:
Subjek bahasa ibunda dan juga kurikulum pendidikan mengenai adat resam orang asal ini harusnya ditawarkan di semua universiti awam di Malaysia dan juga dalam sukatan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Terjemahan
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai & Kepercayaan:
Penyelesaian: