# manifestorakyat2021
Strengthening Labour Protection for Refugees and Asylum Seekers
Oleh:
Tham Hui Ying
Gabungan:
Asylum Access Malaysia
Kod Dasar:
2f3 Refugees and undocumented
Pernyataan masalah:
In the absence of a formal legal framework, refugees and asylum seekers are denied formal rights to work and earn a dignified livelihood in Malaysia. Refugees often find themselves living in extreme poverty, working in exploitative conditions, and resorting to participation in informal work that is dirty, dangerous, and demeaning to survive. Refugees and asylum seekers receive no regular livelihood aid nor basic needs from the Malaysian government or UNHCR. Therefore, many are forced to take on informal work despite risk and fear of being arrested, detained and subject to police harassment. Refugees are unable to access employment protections and do not have proper avenues for seeking redress from unscrupulous employers. Refugee women also report enduring sexual harassment and sexual violence at the hands of employers. The Malaysian government has piloted some small-scale industry specific work pilots. However, an assessment of these pilots remains to be seen.
Nilai dan Kepercayaan:
Refugees and asylum seekers should be given opportunities to be self-sufficient and enjoy a dignified standard of living. Improving labor and social protections will enable refugees to make a living, contribute to the economy legitimately and prevent them from being abused and exploited in the labor force.
Cadangan Penyelesaian:
1. Enforce labour protections for refugees and asylum seeking workers and ensure that they are able to seek redress for labour violations, in line with the Employment Act and Industrial Relations Act. With clear policies, guidelines and training across departments on filing and handling of labour dispute cases filed by refugees/asylum seekers.
2. Develop a comprehensive policy/framework for the management and protection of refugees and asylum seekers in Malaysia, and enact/amend relevant laws and policies that will provide a right to stay and work rights which includes access to formal labour across all industries and geographical locations, access to social security benefits and insurance.
3. Form a technical committee between government ministries, UNHCR, and civil society to improve and institutionalize coordination of work rights. A phased approach can be adopted, with members of the technical committee providing feedback throughout the design, implementation and review phases. The technical committee should also consult widely with representatives from refugee community and employers
4. Ensure that a comprehensive recruitment and monitoring system under the Ministry of Human Resources is put in place to ensure that refugees and asylum seekers labour rights are protected, and are not exploited or trafficked in any way.
Maklumat tambahan:
~
Terjemahan
Isu dan Polisi Semasa:
Disebabkan tidak ada kerangka undang-undang yang formal, pelarian dan pemohon suaka dinafikan hak bekerja dan mencari rezeki untuk hidup dengan maruah di Malaysia. Pelarian hidup dalam kemiskinan yang melampau, dieksploitasi di tempat kerja, dan terpaksa mengambil pekerjaan yang tidak formal dan dedahkan diri mereka dengan keadaan kotor, bahaya, dan menyusahkan hidup mereka. Pelarian dan pemohon suaka tidak mendapat sebarang bantuan sara hidup atau keperluan asas dari kerajaan Malaysia ataupun UNHCR. Oleh itu, ramai yang terpaksa kerja di sektor tidak formal ini walaupun berisiko dan takut ditangkap, ditahan dan menghadapi gangguan polis pada kebanyakan masa. Pelarian tidak ada perlindungan pekerjaan dan tidak mempunyai tempat untuk menuntut hak apabila dieksploitasi oleh majikan mereka. Pelarian wanita juga melaporkan isu gangguan seksual dan keganasan seksual oleh majikan. Kerajaan Malaysia pernah melaksanakan beberapa program pekerjaan berskala kecil di industri yang khusus, tetapi kita masih tidak dapat melihat penilaian dan keberkesanan program-program ini dalam menangani hak pekerjaan golongan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Pelarian dan pencari suaka harus diberi peluang untuk berdikari dan menikmati taraf hidup yang bermaruah. Meningkatkan perlindungan buruh dan sosial akan membolehkan pelarian mencari nafkah, menyumbang kepada ekonomi secara sah dan mencegah eksploitasi di tempat kerja.
Penyelesaian:
1. Menguatkuasakan perlindungan buruh bagi pekerja golongan pelarian dan pemohon suaka dan memastikan mereka mendapatkan mengganti-rugi (‘seek redress’) keatas sebarang pelanggaran hak buruh, selari dengan Akta Kerja dan Akta Perhubungan Perindustrian. Juga perlu ada polisi dan garis panduan yang jelas serta latihan yang mencukupi di seluruh jabatan dalam mengendali kes pertikaian buruh yang difailkan oleh pekerja pelarian / pemohon suaka.
2. Membangunkan polisi/kerangka komprehensif untuk pengurusan dan perlindungan pekerja pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. Juga menggubal / meminda undang-undang dan polisi yang relevan yang boleh memberikan hak untuk tinggal, hak untuk bekerja, termasuk akses kepada di sektor formal tanpa had industri dan lokasi, serta akses kepada faedah keselamatan sosial dan insurans.
3. Membentuk satu jawatankuasa teknikal yang merangkumi pihak Kementerian Kerajaan , UNHCR, dan masyarakat sivil untuk memperbaiki dan melembagakan koordinasi hak kerja bagi pekerja pelarian dan pemohon suaka. Boleh mengambil pendekatan bertahap dimana anggota jawatankuasa teknikal ini dapat memberikan maklumbalas sepanjang proses dari fasa perancangan, pelaksanaan dan mengkaji semula. Jawatankuasa teknikal ini juga harus membuat perbincangan luas bersama dengan komuniti pelarian dan majikan.
4. Kementerian Sumber Manusia harus memastikan ada satu sistem perekrutan dan pemantauan yang komprehensif di bawah Kementerian Sumber Manusia dilaksanakan untuk memastikan hak buruh pelarian dan pencari suaka dilindungi dari eksploitasi dan pemerdagangan manusia.
Maklumat Tambahan: