# manifestorakyat2021
Empowerment of Youth Political Rights and Involvement
Oleh:
Lew Guan Xi
Gabungan:
~
Kod Dasar:
2d Youth
Pernyataan masalah:
According to a survey done by public opinion pollster Merdeka Center this year, more than two-thirds of youths have no interest in participating in politics, with 78% of them cited that politics is “complicated” and 66% of them cited that “politicians don’t care what people like me think”. The advancement in technology had led to the hedonistic culture among the youths, where they become political ignorance. Also, as of 2018, the median age of Malaysian MPs stands at 55.5 years old, which is a very imbalanced age proportion. Both of these has led to various youth-related problems, such as youth unemployment, remain unresolved as there is a lack of youth representatives in the parliament. Also, the existing generation gap and paternalistic culture in the parliament had also led to the repression of youth MPs’ opinions and viewpoints due to the constraint of being disrespectful towards the elderly.
Nilai dan Kepercayaan:
The current Malaysian context is too conservative due to the unwillingness of the non-youth MPs to adopt new vision. I strongly believe that Malaysian political landscape should be youthful to make the country more open and liberal.
Cadangan Penyelesaian:
1) Political literacy related topics should be added into the education system, particularly into the history subject. Rather than only teaching the students on the past events and their lessons and values, teachers should also compare the past events to current situation in Malaysia to cultivate students’ political knowledge since young.
2) Election offences act to specify the age proportion of each political party when they are selecting candidates. For example, 30% aged between 21 to 40, 30% aged between 41 to 60, and 40% aged 61 and above. It is to move towards a more balanced age proportion in the political landscape.
3) The Undi18 Bill should be implemented as soon as possible to allow legal protection on youth political rights.
I hereby urge all the youths to start advocating for a youthful political landscape and start learning and involving yourselves in politics for a better future of the country.
Maklumat tambahan:
References https://www.malaysianow.com/news/2021/05/07/most-youths-dont-care-about-politics-politicians-survey-finds/ https://www.malaysiakini.com/news/438194
Terjemahan
Isu dan Polisi Semasa:
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan pada tahun ini oleh Merdeka Center melalui pengundian pandangan orang awam, lebih dua pertiga daripada golongan belia tidak berminat untuk terlibat dalam politik. 78% daripada mereka menyatakan bahawa politik itu “rumit” dan 66% daripadanya menyatakan bahawa “ahli-ahli politik tidak menghiraukan pemikiran orang-orang seperti saya”. Selain itu, kecanggihan teknologi telah membawa kepada budaya hedonistik dalam kalangan belia, di mana mereka kurang kesedaran politik. Di samping itu, setakat tahun 2018, umur median ahli-ahli parlimen di Malaysia adalah 55.5 tahun dan ini merupakan satu kadar yang sangat tidak seimbang. Malahan, jurang generasi dan budaya paternalistik yang sedia ada dalam parlimen juga telah secara tidak langsung menindas pendapat ahli-ahli parlimen muda kerana kerisauan dilabel sebagai tidak menghormati warga tua. Kesemua faktor ini telah menyebabkan pelbagai masalah yang melibatkan golongan belia seperti pengangguran tidak dapat diselesaikan berikutan kekurangan wakil belia dalam parlimen.
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Konteks Malaysia pada masa ini terlalu konservatif kerana ahli-ahli parlimen yang bukan belia enggan menerima visi baharu. Saya memegang kuat kepada kepercayaan saya bahawa landskap politik di Malaysia perlu menjadi lebih muda supaya negara ini dapat menjadi lebih terbuka dan liberal.
Penyelesaian:
1. Topik-topik yang berkaitan dengan literasi politik perlu ditambah ke dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran sejarah. Selain daripada pengajaran peristiwa-peristiwa silam dan iktibar-iktibar yang dapat diperoleh, guru-guru juga perlu membandingkan peristiwa silam dengan situasi semasa di Malaysia bagi memupuk corak pemikiran politikal pelajar-pelajar sejak kecil. Jenis-jenis sistem politik, ideologi, dan falsafah juga perlu dimasukkan ke dalam silibus.
2. Meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk menetapkan kadar umur calon-calon pilihan raya daripada setiap parti politik. Kadar yang saya cadangkan ialah 30% mereka yang berumur di antara 21 hingga 40 tahun, 30% berumur di antara 41 hingga 60 tahun, dan 40% berumur 61 tahun dan ke atas. Ini adalah cara untuk beralih kepada kada umur yang lebih seimbang dalam landskap politik.
3. Rang Undang-Undang Undi18 perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk membenarkan perlindungan perundangan terhadap hak-hak politik golongan belia.
Saya di sini ingin menggalakkan semua belia untuk mula menyokong landskap politik yang lebih muda serta mula mempelajari dan menceburkan diri anda dalam politik untuk masa hadapan negara yang lebih cerah.
Maklumat Tambahan: