top of page

Meningkatkan infrastruktur pejalan kaki dan usaha pemuliharaan kawasan hijau terbuka

Oleh:

Siti Fatimah bte Jafar

Gabungan:

CSO Platform for Reform - Environmental Sector

Kod Dasar:

3j Environment

Pernyataan masalah:

Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandar berbanding suhu di kawasan sekitar. Fenomena pulau haba juga berkait rapat dengan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bandar. Di samping faktor fizikal, faktor manusia juga amat penting dalam menentukan kadar intensiti pulau haba bandar.

Pelepasan gas pencemar daripada ekzos kereta merupakan salah satu faktor utama berlakunya fenomena pulau haba. Sebahagian besar pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan adalah daripada pengangkutan darat yang melibatkan 90% (48,200 ktan).

Salah satu tujuan perancangan laluan pejalan kaki adalah bagi mengatasi masalah kesesakan dan pertambahan bilangan kenderaan di bandar. Namun begitu, terdapat beberapa faktor mengapa pejalan kaki tidak berjalan kaki. Antaranya
_ cuaca panas
_ kekurangan penjagaan laluan jalan
_ hilang sebahagian laluan atau tidak bersambungan
_ kekurangan papan tanda yang jelas dan berterusan
_ ketidakpastian sesuatu jalan sama ada boleh dilalui atau tidak
_ kekurangan tempat rehat, tempat duduk atau tempat teduhan;
_ asap dan bunyi lalu lintas
_ kekurangan ciri-ciri yang menarik sepanjang laluan

Nilai dan Kepercayaan:

Aspek penyediaan laluan pejalan kaki telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai salah satu komponen penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pembangunan perbandaran yang mampan sepertimana yang telah dikenal pasti di bawah Program Tranformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia KeSepuluh. Prasarana hijau berpotensi untuk mengintegrasikan pembangunan bandar, pengekalan alam sekitar dan inisiatif kesihatan awam.

Cadangan Penyelesaian:

Prasarana hijau di kawasan bandar berpotensi menjadi pusat tumpuan utama rekreasi awam yang bersift dinamik. Kawasan hijau terbuka seperti ini mampu mengendalikan aktiviti membabitkan kesihatan secara tidak formal dan secara tidak langsung membentuk integriti ekologi kawasan berkenaan.

Perancangan laluan pejalan kaki yang bersepadu dengan prasarana hijau ini wajar dibangunkan dengan membabitkan semua prasarana semula jadi, separa semula jadi, jaringan sistem ekologi pelbagai fungsi yang terdapat di dalam, di sekeliling atau di antara kawasan bandar.

Kesalinghubungan laluan pejalan kaki dan prasarana hijau ini akan meningkatkan nilainya. Hutan bandar adalah satu ekosistem yang cukup kompleks dan ini membuka peluang kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan komuniti setempat, para pelancong dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui segala rahsia yang terkandung di sebalik kekayaan biodiversiti hutan bandar.Terdapat beberapa kajian yang mendapati pengekalan kawasan hijau terbuka dapat meningkatkan nilai estetika di kawasan kejiranan; meningkatkan rasa pemilikan dan kepunyaan; secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai harta-tanah dan meningkatkan kebahagiaan penduduk.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati pengekalan kawasan hijau terbuka dapat meningkatkan nilai estetika di kawasan kejiranan; meningkatkan rasa pemilikan dan kepunyaan; secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai harta-tanah dan meningkatkan kebahagiaan penduduk.

Oleh sebab itu, penyertaan awam daripada ahli komuniti tempatan harus digalakkan bagi membuka peluang kepada penduduk bandar dan pemilik perniagaan tempatan menyumbang dan merealisasikan kawasan kejiranan yang berdaya tahan dan mampan. Usaha ini juga perlu disertai dengan kesediaan organisasi dan agensi berkaitan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat yang sama.

Maklumat tambahan:

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian:

Maklumat Tambahan:

bottom of page