top of page

Establish a public health services commission

Oleh:

Chee Heng Leng

Gabungan:

Citizens' Health Initiative/Peoples' Health Forum

Kod Dasar:

3i Health

Pernyataan masalah:

There is a continual brain drain from the public health care services into the private hospitals and clinics. This causes delays and services to drop in quality, and affects the majority of Malaysians who depend on government health care. One of the reasons for the brain drain is that the private sector can afford to pay higher remuneration. However, public sector health service staff are also unhappy about other aspects of their jobs, such as heavy workloads and difficult working conditions. The public services commission manages the remuneration scales and working terms and conditions for the entire civil service, including those in the medical sector. It is difficult for the PSC to de-link the medical sector from the overall civil service in terms of salaries and working conditions, and therefore, they cannot respond specifically to the particular problems of health and medical staff in the public health sector.

Nilai dan Kepercayaan:

Good quality health care delivered without delays and without charge at the point of service is important to preserve the health status of the Malaysian population. This can only be achieved by a health and medical workforce that is happy, dedicated, and with a high morale.

Cadangan Penyelesaian:

Set up a separate Public Health Services Commission (PHSC) that can (i) offer public health services personnel better remuneration, terms of employment and benefits, transparent criteria and processes for upskilling, promotions, and career prospects, and (ii) attend to the dissatisfaction driving loss of senior experienced staff. For example, for medical doctors and specialists, a current dissatisfaction is with the ad-hoc and non-transparent nature of the promotion system. Therefore, the PHSC may set up a transparent promotional system, with fixed periods for promotional exercises and clear criteria prioritisation for promotion. Another example is that currently, doctors cannot be promoted unless they undertake administrative posts. The PHSC may then set up a career structure to enable doctors to remain in general clinical service even as they are promoted. The PHSC can also incentivise doctors to remain in public service, by allowing official time-off to subspecialise, research and publish, teach, and attend conferences.

Maklumat tambahan:

-

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Penghijrahan berterusan pakar-pakar dari sektor kesihatan awam ke hospital dan klinik swasta menyebabkan kemerosotan kualiti perkhidmatan di hospital dan klinik awam. Kemerosotan ini memberi kesan kepada majoriti rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan kesihatan awam. Salah satu faktor penghijrahan adalah kadar pendapatan yang lebih tinggi yang boleh didapati di sektor swasta. Walaubagaimanapun, pakar-pakar dan staf mahir disektor kesihatan awam ini bukan sahaja tidak berpuas hati dengan tahap pendapatan, malah mereka juga tidak berpuas hati tentang aspek pekerjaan yang lain, contohnya, beban kerja yang berat dan keadaan dan terma pekerjaan yang tidak menarik.

Penentuan tangga gaji, dan keadaan dan syarat pekerjaan, bagi sektor awam, termasuknya kesihatan awam, diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh itu, sukar untuk SPA memisahkan sektor kesihatan awam daripada perkhidmatan awam secara keseluruhannya dalam soal penggajian dan syarat kerja. Oleh itu, SPA tidak boleh bertindak secara khusus terhadap isu-isu yang dihadapi kakitangan perubatan dalam sektor kesihatan awam.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Perkhidmatan kesihatan berkualiti yang dibekalkan tanpa caj pada masa ia digunakan, dan tepat pada masa ia diperlukan adalah amat penting bagi menjaga status kesihatan penduduk Malaysia. Ini hanya dapat dicapai oleh kakitangan kesihatan yang bahagia, berdedikasi, dan mempunyai semangat yang tinggi.

Penyelesaian:

Menubuhkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Awam (SPKA) yang berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dapat (i) menawarkan imbuhan yang lebih tinggi, syarat dan faedah pekerjaan yang lebih baik, dan kriteria serta proses yang lebih telus untuk peningkatan kemahiran, kenaikan pangkat, dan prospek kerjaya kepada kakitangan perkhidmatan kesihatan awam, dan (ii) menangani perasaan tidak puas hati yang menyebabkan kehilangan kakitangan kesihatan berpengalaman. Sebagai contoh, doktor dan pakar perubatan tidak puas hati dengan kaedah kenaikan pangkat sedia ada yang bersifat ad hoc dan tidak telus. Maka, SPKA harus mewujudkan sistem kenaikan pangkat yang telus, dengan adanya tempoh tertentu untuk permohonan kenaikan pangkat dan kriteria kenaikan pangkat yang jelas. Contoh lain, mengikut sistem sedia ada, doktor tidak boleh dinaikkan pangkat kecuali mereka memegang jawatan pentadbiran. Bagi menangani halangan ini, PHCS boleh mewujudkan struktur kerjaya untuk membolehkan doktor dinaikkan pangkat walaupun mereka berada dalam perkhidmatan klinikais Shel. PHSC juga boleh memberi insentif kepada para doktor untuk kekal dalam perkhidmatan kesihatan awam dengan membenarkan cuti rasmi untuk melakukan sub-kepakaran, penyelidikan dan penerbitan, pengajaran dan menghadiri persidangan.

Maklumat Tambahan:

bottom of page