# manifestorakyat2021
Menggubal Ombudsman Pendidikan
Oleh:
Kong Wee Cheng
Gabungan:
United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong), The United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)
Kod Dasar:
3f Education
Pernyataan masalah:
Kekurangan struktur rasmi untuk menyemak dan mengimbang prestasi Kementerian Pendidikan dalam pengurusan hal-ehwal dalam kementerian.
Nilai dan Kepercayaan:
Penubuhan Ombudsman adalah supaya penyelewengan kuasa dapat dielakkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urus tadbir kementerian
Cadangan Penyelesaian:
Menubuhkan Ombudsman di parlimen boleh memantau dan menyiasat penggunaan kuasa oleh Kementerian Pendidikan supaya ia adalah saksama, wajar, munasabah, berkesan dan telus.
Struktur: kebebasan ahli-ahli Ombudsman dikenal pasti dengan pelantikan dari Parlimen dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Fungsi:
Orang ramai boleh membuat aduan tentang ketidakcekapan pengurusan, penyelewengan, ketidakadilan, diskriminasi, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kepada Ombudsman.
Ombudsman boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengadakan pendengaran,
penyiasatan dan pendakwaan yang sewajar dengan keputusan.
Laporan penyiasatan harus didedahkan secara telus.
Laporan tahunan harus dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen.
Perakuan yang dicadangkan untuk membaharui sistem pendidikan harus dibahaskan dan diterima pakai.
Maklumat tambahan:
-
Terjemahan
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian:
Maklumat Tambahan: