top of page

Kerajaan bersetuju untuk melakukan percubaan perentis pada UBI untuk menilai kesesuaian pelaksanaan sepenuhnya di Malaysia menjelang 2025

Oleh:

Nurul Kauthar

Gabungan:

Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Pulau Pinang

Kod Dasar:

3e Economic Justice

Pernyataan masalah:

Jaringan perlindungan sosial bertujuan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi termasuklah akses kepada fasiliti kesihatan, pendidikan, tempat tinggal dan keselamatan pendapatan asas daripada terjatuh di bawah garis kemiskinan. Polisi insuran sosial dan dasar pasaran pekerjaan perlu dimantapkan bersama-sama jaringan perlindungan sosial supaya perlindungan sosial di Malaysia dapat dimaksimakan. Berbanding negara Singapura, Turki dan Jepun, Malaysia hanya membelanjakan 3.8% untuk perlindungan sosial. Malaysia sehingga hari ini memiliki lebih 60 program perlindungan sosial di bawah pelbagai kementerian yang mungkin menyebabkan ketidakselarasan jaringan perlindungan sosial. Paras garis kemiskinan semakin meningkat setiap tahun.

Nilai dan Kepercayaan:

Kesaksamaan dan menikmati kemakmuran negara bersama.

Cadangan Penyelesaian:

Menawarkan Universal Basic Income secara tunai, tanpa syarat, kepada setiap individu yang layak secara berkala dan bersifat sejagat. Ini dapat mengurangkan kos pentadbiran, meningkatkan nilai berbanding pemberian dalam bentuk barangan dan mengelakkan kesilapan error dalam ciri inklusif & ekslusif.

Maklumat tambahan:

-

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Social protection net aims to ensure basic needs of citizens fulfilled, including access to health facility, education, workplace and basic income security, preventing from poverty line. Social insurance policy and job market policy need to be improved together social protection net. Comparing to countries like Singapore, Japan and Turkey, Malaysia only spend 3.8% for social protection. Up until today, Malaysia has more than 60 social protection programs handled by different ministries which might leads to miscoordination in providing assistance. Suprisingly, poverty line increasing year by year.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Justice and Equality

Penyelesaian:

Offering Universal Basic Income in form of cash,without conditions, to eligible individual occasionally and universal. This can reduce management cost, improve value comparing to giving out food basket and reducing error by inclusion and exclusion criteria.

Maklumat Tambahan:

bottom of page