top of page

Public Transport for Urban Centres

Oleh:

Ir Dr Tai Tuck Leong

Gabungan:

Monsoon Malaysia

Kod Dasar:

3k Transport

Pernyataan masalah:

In considering Public Transport for urban centres, population size becomes a major determinant for mode selection.

Nilai dan Kepercayaan:

An Urban Perspective – “Decongesting Urban Centres”

Cadangan Penyelesaian:

1. For cities with a population size of 400,000 or more, a mass-oriented urban rail system should be considered as the core public transit system. For cities with such a threshold population level, the demand for public transport service along its major corridors would generally range between 5,000 to 8,000 persons per hour (pph) for the corridor. An urban rail system would seem to be most suited for such a demand situation. Rails can be in the form of a tram system or a light rail transit (LRT) system.
2. For such an urban rail to be an attractive public transport instrument, it has to be well integrated with an efficient feeder system (bringing people from their homes to the railway system smoothly and reliably) and further complemented by effective dispersal facilities (delivering people to their desired destinations seamlessly and speedily). It means an well-integrated and effective public transport system would involve more than just the train system, it must be effectively supported by, for instance, a well-planned feeder bus system and a well-thought out pedestrian network. A good urban public transport system must involve good team work – inter supportive from different modes, walking included as a crucial component. If left standing alone, a railway system can be rendered rather ineffectual; when well-supported and integrated with other modes and facilities, its potential and effectiveness may then be greatly enhanced many folds.
3. An integrated ticketing system for both bus and rail, as well as parking systems are required for a seamless interfacing and integration.
4. Park-and-ride facilities are critical and useful provisions to encourage people to leave their cars behind and to shift over to public transport.
5. For a more sustainable urban environment in the long term, transit oriented developments (TODs) such as transit villages and mixed-use developments along defined public transport corridors should be promoted to enhance the relationship between transport and urban environments.
6. Public transport should be the core to urban transportation system. Cars, on the other hand, must not be allowed to create mass discord or to overrun the city’s fragile fabrics; cars must be tamed.
7. For urban centres with a population size between 50,000 to 400,000 people, a bus system is known to serve as a suitable backbone of the public transport system.
8. Travel is a derived demand, based essentially on the size of the population associated with a particular travel corridor or an urban centre. The fleet requirement for a bus system may be estimated from its associated travel market or population. Typically, a bus can serve a population of 800 people, or 12 buses for a population of 10,000.
9. By extension, an urban centre of 300,000 population would require the service of 360 buses. At RM400,000 each, the investment would amount to RM144 million for a fleet of 360 buses (Equivalent to 6km of highway at the prevalent rate of RM25 million per km). Or with RM1.4billion investment, the amount can take care of the public transport needs of ten (10) urban centres of 300,000 population for the likes of Sibu, Miri, Tawau, Sandakan, Kangar, Alor Setar, Melaka, Chukai, Kuala Terengganu and Kota Bahru.
10. For urban centres with a population of less than 50,000 people, a minibus system may be more appropriate as it is flexible, versatile and more penetrative in reach.

Maklumat tambahan:

-

Sebelumnya
Seterusnya
Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Jumlah penduduk akan menjadi penentu dalam mempertimbangkan jenis pengangkutan awam yang paling sesuai untuk pusat-pusat bandar.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Perspektif Dalam Bandar – “Pengurangan Kesesakan dalam Pusat-pusat Bandar”

Penyelesaian:

1. Bagi bandar-bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 400,000 orang, sistem rel yang berorientasikan pengangkutan massa harus diteraskan dalam sistem pengangkutan awam. Dalam bandar yang mempunyai tahap populasi tersebut, dianggarkan untuk menghasilkan permintaan sebanyak 5,000 hingga 8,000 penumpang/jam melalui koridor-koridor utama. Oleh sebab itu, sebuah sistem rel dalam bandar merupakan sistem yang paling sesuai untuk menampung permintaan yang dijangkakan itu. Contoh rel yang boleh dilaksanakan adalah dalam bentuk sistem trem atau sistem transit aliran ringan (LRT).
2. Untuk meningkatkan daya tarikan penggunaan pengangkutan awam di kawasan bandar, sistem pengangkutan ini harus disatukan bersama suatu sistem perantaraan yang efisien (membawa orang dari rumah mereka ke stesen keretapi dengan lancar) dan dilengkapi dengan kemudahan penyebaran yang berkesan (menghantar penumpang ke destinasi yang diingini dengan selamat dan pantas). Ini menunjukkan bahawa sistem pengangkutan awam yang efektif bukan hanya melibatkan sistem keretapi itu sahaja tetapi juga harus disokong oleh sistem bas perantaraan dan rangkaian laluan pejalan kaki yang sistematik sebagai contoh. Sebuah sistem rel tidak boleh berfungsi dengan efisien sekiranya dibangunkan tanpa memikirkan kemudahan-kemudahan lain, manakala, di sebaliknya, dengan mengintegrasikan semua mod pengangkutan yang lain, boleh menghasilkan suatu perkhidmatan yang boleh meningkatkan produktiviti penduduk.
3. Sistem tiket yang bersepadu bagi perkhidmatan bas dan keretapi serta kemudahan tempat letak kenderaan yang diintegrasikan untuk menghasilkan perjalanan yang lancar untuk penumpang.


4. Kemudahan ‘Park-and-Ride’ juga harus disediakan untuk menggiatkan peralihan dari penggunaan kenderaan persendirian ke penggunaan pengangkutan awam.
5. Untuk pembangunan kawasan bandar yang lebih mampan, pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang koridor-koridor infrastruktur keretapi sedia ada harus digalakkan untuk meningkatkan perhubungan pengangkutan dalam kawasan bandar.
6. Pengangkutan awam harus diteraskan dalam sistem pengangkutan dalam bandar dan tidak boleh membenarkan kereta untuk merosotkan lagi keadaan infrastruktur jalan pada masa akan datang.
7. Untuk kawasan bandar yang mempunyai jumlah populasi sekitar 50,000 ke 400,000 penduduk, sistem bas merupakan sistem yang paling sesuai sebagai tulang belakang pengangkutan awam.
8. Jumlah permintaan perjalanan berdasarkan saiz populasi bergantung terhadap koridor perjalanan atau pusat bandar yang berkaitan. Keperluan jumlah bas boleh dianggarkan mengikut jumlah populasi kawasan tersebut. Secara amnya, sebuah bas boleh mengangkut sebanyak 800 penumpang dalam sehari atau 12 buah bas untuk populasi sebanyak 10,000 penduduk.
9. Sebagai contoh, kawasan bandar yang mempunyai populasi sebanyak 300,000 penduduk akan memerlukan perkhidmatan sebanyak 360 buah bas. Pada harga RM400,000 untuk sebuah bas, pelaburan tersebut akan berjumlah RM144 juta dan bersamaan dengan pembinaan jalan raya sepanjang 6 kilometer, pada kadar lazim sebanyak RM25 juta setiap kilometer. Dengan pelaburan sebanyak RM1.4 bilion pula, jumlah ini boleh memenuhi keperluan pengangkutan awam untuk 10 pusat bandar dengan populasi sebanyak 300,000 penduduk seperti Sibu, Miri, Tawau, Sandakan, Kangar, Alor Setar, Melaka, Chukai, Kuala Terengganu dan Kota Bahru.
10. Bagi kawasan bandar dengan populasi yang kurang dari 50,000 penduduk pula, sistem bas mini lebih sesuai untuk dilaksanakan kerana saiznya yang membolehkan perkhidmatan yang lebih fleksibel untuk mencapai kawasan perumahan yang lebih dalam.

Maklumat Tambahan:

bottom of page