top of page

Jaminan Bekalan Makanan Dan Kedaulatan Makanan

Oleh:

Fitri Amir

Gabungan:

Forum Kedaulaan Makanan Malaysia (FKMM)

Kod Dasar:

3l Agriculture

Pernyataan masalah:

Banyak laporan yang menyatakan bahawa industri pertanian di Malaysia adalah tidak efisyen dan gagal menghasilkan output yang mencukupi dan berkualiti. Menurutnya, ini adalah punca mengapa petani di Malaysia majoritinya miskin dan akibat daripada kegagalan ini, Malaysia tidak dapat mencapai tahap keterjaminan makanan (food security) untuk menghadapi kebarangkalian berlakunya krisis makanan. Laporan-laporan ini membuat kesimpulan bahawa punca kemunduran pertanian negara adalah kurangnya penggunaan teknologi moden dan petani kecil yang tidak produktif akibat saiz ladang yang tidak ‘ekonomik’.

Kerajaan dan ahli akademik jarang sekali membincangkan masalah utama yang petani hadapi dilapangan seperti ketirisan subsidi yang sebahagian besarnya dinikmati oleh syarikat pembekal dan kontraktor (bukan petani), eksploitasi pasaran harga input dan hasil, monopoli korporat yang menindas, jerat hutang, kemasukan produk luar negara kualiti rendah dan murah yang tidak terkawal dan pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan.

Kegagalan kita dalam mengenalpasti masalah sebenar dilapangan hanya akan memburukkan lagi keadaan apabila teknologi dan sistem kawalan baharu diperkenalkan.

Nilai dan Kepercayaan:

Untuk memastikan taraf hidup petani adalah terjamin dan menangani perubahan iklim, saya berpendapat alternatif pertanian secara berkelompok melalui pertubuhan kawasan dan koperasi adalah lebih baik daripada pertanian komersial sistem estet. Petani petani kecil yang diuruskan secara sistematik dan lestari adalah penting sebagai benteng-benteng pertahanan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, penularan penyakit dan ketidaktentuan pasaran. Risiko kegagalan operasi dan kewangan ladang-ladang besar dan kemusnahan kesuburan tanah dan biodiversiti adalah besar impaknya berbanding pertanian skala kecil berkelompok yang produktif.

Kegagalan kita dalam mengenalpasti masalah sebenar dilapangan hanya akan memburukkan lagi keadaan apabila teknologi dan sistem estet diperkenalkan. Dalam hal teknologi, masalah timbul apabila petani tidak mampu memilikinya dan mereka akan dipinggirkan oleh pembekal² perkhidmatan teknologi ini. Teknologi yang hendak diperkenalkan seharusnya mesti mampu dimiliki petani dan diperkenalkan secara berperingkat. Jika tidak, petani akan terpinggir dan terus merempat kerana tempat mereka akan diganti dengan syarikat² besar yang datang ke kampung-kampung untuk mengambil alih kerja mereka.

Kita mesti sedar bahawa ladang besar mempunyai risiko yang lebih besar dan mudah dipengaruhi oleh kepentingan politik dan wang. Pemantauan sukar dilakukan dan kesilapan boleh membawa kepada kejatuhan keseluruhan ladang. Ladang yang kecil mempunyai risiko yang kecil dan lebih mudah diuruskan. Masalah petani kecil bukanlah mereka tidak pandai bertani tetapi mereka disekat oleh pelbagai faktor dan dieksploitasi. Pihak berkuasa boleh membantu petani kecil menangani halangan-halangan ini tanpa perlu membentuk ladang besar yang berisiko tinggi dan membawa masuk teknologi yang 'overkill'.

Cadangan Penyelesaian:

Banyak laporan yang menyatakan bahawa industri pertanian di Malaysia adalah tidak efisyen dan gagal menghasilkan output yang mencukupi dan berkualiti. Menurutnya, ini adalah punca mengapa petani di Malaysia majoritinya miskin dan akibat daripada kegagalan ini, Malaysia tidak dapat mencapai tahap keterjaminan makanan (food security) untuk menghadapi kebarangkalian berlakunya krisis makanan. Laporan-laporan ini membuat kesimpulan bahawa punca kemunduran pertanian negara adalah kurangnya penggunaan teknologi moden dan petani kecil yang tidak produktif akibat saiz ladang yang tidak ‘ekonomik’.

Kerajaan dan ahli akademik jarang sekali membincangkan masalah utama yang petani hadapi dilapangan seperti ketirisan subsidi yang sebahagian besarnya dinikmati oleh syarikat pembekal dan kontraktor (bukan petani), eksploitasi pasaran harga input dan hasil, monopoli korporat yang menindas, jerat hutang, kemasukan produk luar negara kualiti rendah dan murah yang tidak terkawal dan pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan.

Kegagalan kita dalam mengenalpasti masalah sebenar dilapangan hanya akan memburukkan lagi keadaan apabila teknologi dan sistem kawalan baharu diperkenalkan.

Maklumat tambahan:

-

Terjemahan

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian:

Maklumat Tambahan:

bottom of page