top of page

# manifestorakyat2021

2g4: Pelarian & Pencari Suaka Pengenalan Malaysia tidak mempunyai rangka kerja undang-undang atau pentadbiran untuk pengiktirafan dan perlindungan pelarian, dan masih belum meratifikasi kedua-dua Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian (Konvensyen Pelarian) dan Protokol 1967 Berkaitan Status Pelarian. Tanpa rangka kerja sedemikian, pelarian dinafikan perlindungan undang-undang dan dianggap sebagai "pendatang tanpa izin", tertakluk kepada penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya, dan pelbagai pelanggaran hak. Tanpa akses kepada status undang-undang, pelarian tidak boleh mengakses keselamatan atau kestabilan jangka panjang. Ramai yang hidup dalam kemiskinan dan dinafikan hak asasi seperti akses kepada keadilan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Wanita dan kanak-kanak pelarian menghadapi risiko keganasan dan eksploitasi yang lebih tinggi. Akibat daripada kehidupan dalam persekitaran yang mendiskriminasi serta tidak selamat tanpa peluang selama-lamanya adalah begitu mendalam sekali. Pelarian telah melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan yang mengancam nyawa di negara asal mereka untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Tanpa mengira bagaimana mereka datang, mereka harus diberikan syarat perlindungan yang kondusif sebagai hak asasi manusia untuk mendapatkan suaka daripada penganiayaan. Malaysia mempunyai kewajipan hak asasi manusia antarabangsa terhadap pelarian yang harus dimasukkan ke dalam rangka kerja undang-undang domestik untuk memastikan mereka diberi perlindungan dan hak mereka ditegakkan. Selain itu, pelarian dan pencari suaka harus diberi peluang untuk berdikari dan menikmati taraf hidup yang bermaruah. Memastikan akses saksama kepada penjagaan kesihatan, menambah baik perlindungan buruh dan sosial, dan melaksanakan rangka kerja undang-undang formal akan membolehkan pelarian mencari rezeki, menyumbang kepada ekonomi secara sah dan mengelakkan mereka daripada didera dan dieksploitasi. I: Penahanan Imigresen Pelarian dan pencari suaka yang didaftarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memegang satu bentuk status de facto 80

yang memberikan beberapa tahap perlindungan. Namun begitu, tangkapan dan penahanan masih berlaku semasa proses pengesahan dokumen, atau apabila pelarian didakwa kerana bekerja tanpa permit dan dipindahkan ke pusat tahanan imigresen selepas menjalani hukuman penjara kerana bekerja secara haram. Memandangkan pelarian tidak boleh dihantar pulang, tempoh masa untuk penahanan imigresen adalah tidak ditentukan. Sehingga Ogos 2019, Kerajaan telah membenarkan akses UNHCR ke pusat tahanan untuk menjalankan pendaftaran dan penilaian. Walaupun pelarian masih boleh menghabiskan beberapa bulan dalam tahanan menunggu untuk diproses, langkah pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya membantu memendekkan tempoh masa dengan membenarkan pemeriksaan dan pembebasan dilakukan. menjalankan pemeriksaan dan pengesahan pelarian dan pencari suaka yang ditahan. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) 2. Perbaiki keadaan dalam pusat tahanan imigresen. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) Kementerian Dalam Negeri (KDN), KPWKM, KKM dan Jabatan Imigresen mesti bekerjasama untuk memperbaiki keadaan di pusat tahanan imigresen, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, meningkatkan kualiti makanan dan air, kemudahan tandas, serta penyediaan barang-barang kebersihan untuk semua tahanan, dan akses segera dan mencukupi kepada penjagaan kesihatan. 3. Bangunkan dasar formal dengan kerjasama UNHCR Malaysia dan organisasi masyarakat sivil untuk menghentikan penahanan imigresen pelarian dan pencari suaka. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) 4. Bangunkan pemeriksaan dan mekanisme rujukan untuk pelarian dan pencari suaka Rujuk mereka kepada kemudahan penerimaan yang lebih sesuai dan bukannya tahanan imigresen. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) 1. Dengan segera berikan UNHCR akses kepada pusat tahanan imigresen untuk 81

5. Bangunkan dasar formal untuk menghentikan tahanan imigresen ke atas semua kanak-kanak. Ini harus dilakukan oleh KDN dan KPWKM. Sebagai langkah pertama, segera laksanakan program perintis mengenai alternatif kepada penahanan dengan kerjasama organisasi masyarakat sivil, dan lepaskan kanak-kanak tanpa ditemani ke dalam pengaturan penjagaan alternatif yang bukan tempat perlindungan berkunci. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) 6. Terbitkan data secara kerap tentang bilangan pelarian, pencari suaka dan kanak-kanak dalam tahanan imigresen. Data hendaklah diasingkan mengikut umur, kumpulan, gender, kewarganegaraan dan mereka yang berdaftar dengan UNHCR. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-1) II: Rangka Kerja Perundangan & Dasar Menyeluruh untuk Pelarian Kekurangan dasar domestik yang konsisten mengenai pelarian telah membolehkan Kerajaan melanggar kewajipan hak asasi manusia antarabangsa termasuk prinsip bukan refoulement. 7. Bangunkan rangka kerja undang-undang dan dasar yang menyeluruh untuk pengurusan dan perlindungan semua pelarian dan pencari suaka di Malaysia. Ini termasuk hak untuk mendapatkan suaka, status undang-undang dan hak untuk tinggal. Juga menggubal atau meminda undang-undang negara yang berkaitan untuk memasukkan peruntukan ini. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-2; Kluster ROL, CSO Platform for Reform, Cadangan 2G4-3) 82

8. Wujudkan jawatankuasa antara agensi mengenai tadbir urus dan perlindungan pelarian. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-2) Jawatankuasa ini, yang terdiri daripada wakil kerajaan dan masyarakat sivil utama, harus membuat cadangan berkaitan pembaharuan undang-undang dan dasar mengenai perlindungan pelarian. Mereka harus bertanggungjawab dan melaporkan terus kepada Kabinet, yang akan mempunyai mandat dan kuasa untuk meluluskan sebarang cadangan. Kumpulan kerja teknikal berbilang pihak hendaklah dibentuk untuk menangani mekanisme pelaksanaan. Ini memerlukan peningkatan kerjasama dan penglibatan yang bermakna dengan organisasi masyarakat sivil. 9. Kecualikan semua pelarian dan pencari suaka berdaftar UNHCR daripada pendakwaan. Pelarian yang telah berdaftar dengan UNHCR harus dibebaskan daripada tahanan dan diberikan status sah sementara. Mereka yang tidak berdaftar dan kini dalam tahanan harus diberi hak untuk mendapatkan suaka dengan UNHCR. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-2) 10. Pastikan akses kepada hak asasi. Khususnya, hak untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, hak untuk bekerja, sara hidup, perumahan dan akses kepada keadilan. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-2) III: Akses kepada Kesihatan Oleh kerana mereka tidak mempunyai status undang-undang, pelarian dan pencari suaka berdepan dengan penangkapan dan penahanan atas kesalahan imigresen apabila mengakses penjagaan kesihatan. Walaupun mereka yang didokumenkan diberi diskaun 50% daripada kadar warga asing, kadar ini telah meningkat dua kali ganda pada 2016, pada asasnya menyebabkan perkhidmatan penjagaan kesihatan tidak dapat diakses oleh mereka. Bagi wanita tanpa dokumen, selain daripada beban kos kewangan dan ketakutan untuk ditangkap dan ditahan, mereka menghadapi halangan tambahan untuk mengakses penjagaan sebelum dan selepas bersalin, terutamanya di tempat tahanan. Faktor kos dan keselamatan yang sama 83

mempengaruhi kanak-kanak juga, yang menghadapi cabaran dalam mengakses imunisasi; mereka juga terlepas imunisasi pada umur sekolah rendah, kerana mereka tidak mempunyai akses ke sekolah kebangsaan. 11. Mansuhkan Pekeliling KKM Bilangan 10/2001, dan mana-mana pekeliling berikutnya yang mengandungi arahan untuk penyedia penjagaan kesihatan mengenal pasti dan melaporkan pesakit tanpa dokumen yang mendapatkan rawatan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-4; Kluster ROL, CSO for Platform Reform, Cadangan 2G4-3) 12. Perkenalkan tembok api (firewall) antara penyedia penjagaan kesihatan dan imigresen serta penguatkuasaan keselamatan. Ambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa tembok api (firewall) ini dihormati. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-4) 13. Mulakan skim pembiayaan kesihatan yang mampan dan menyeluruh dalam sistem kesihatan awam untuk pelarian dan pencari suaka. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan halangan kos, menggalakkan berdikari dan meningkatkan liputan kesihatan sejagat. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-4) 14. Laksanakan respons kesihatan awam yang inklusif kepada semua, tanpa mengira status undang-undang. Khususnya dalam tindak balas COVID-19, pastikan akses selamat kepada vaksinasi, ujian dan rawatan untuk pelarian dan pencari suaka tanpa tindakan balas. 15. Tingkatkan kapasiti penyedia penjagaan kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi, dan pendidikan kesihatan untuk meningkatkan celik kesihatan. Dengan kerjasama masyarakat sivil dan organisasi yang diterajui pelarian, tingkatkan pemahaman penyedia penjagaan kesihatan tentang kelemahan, cabaran dan keperluan pelarian dan pencari suaka. 84

16. Perkukuhkan pelaksanaan dasar kesihatan dan garis panduan dalam semua tempat tahanan. Pastikan mereka yang ditahan mempunyai akses yang cukup dan segera terhadaprawatan perubatan pada masa yang diperlukan.17. Pinda Perintah Fi (Perubatan) 1982 untuk memastikan kanak-kanak bukan warganegara Malaysia mempunyai akses kepada vaksinasi percuma. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-4) IV: Perlindungan Buruh Dengan ketiadaan rangka kerja undang-undang rasmi, pelarian dan pencari suaka dinafikan hak rasmi untuk bekerja dan mencari rezeki yang bermaruah di Malaysia. Untuk terus hidup, pelarian sering mendapati diri mereka terbelenggu dalam kemiskinan yang melampau, bekerja dalam keadaan eksploitatif dan berpuas hati dengan kerja tidak formal yang berbahaya dan merendahkan martabat. Pelarian dan pencari suaka tidak menerima bantuan sara hidup tetap atau sokongan untuk keperluan asas mereka daripada Kerajaan atau UNHCR. Oleh itu, ramai yang terpaksa melakukan kerja tidak formal, walaupun berdepan risiko dan ketakutan untuk ditangkap, ditahan dan diganggu oleh polis. Pelarian tidak dapat mengakses perlindungan pekerjaan dan tidak mempunyai penyelesaian yang sesuai untuk mendapatkan ganti rugi daripada majikan yang tidak bertanggungjawab. 18. Kuatkuasakan perlindungan buruh untuk pelarian dan pekerja yang mencari suaka, selaras dengan Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pastikan mereka boleh mendapatkan ganti rugi bagi pelanggaran buruh, dengan dasar, garis panduan dan latihan yang jelas merentas jabatan mengenai pemfailan dan pengendalian kes pertikaian buruh. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-5) 85

19. Gubal atau pinda undang-undang dan dasar berkaitan yang akan memberikan pelarian dan pencari suaka hak untuk tinggal dan akses yang munasabah kepada peluang kerja. Ini termasuklah akses kepada buruh formal merentasi semua industri dan lokasi geografi, akses kepada faedah keselamatan sosial dan insurans. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-5; Kluster ROL, CSO for Platform Reform, Cadangan 2G4-3) 20. Bentuk jawatankuasa teknikal antara kementerian kerajaan, UNHCR dan masyarakat sivil untuk menginstitusikan penyelarasan hak kerja. Pendekatan berperingkat boleh digunakan, dengan ahli jawatankuasa teknikal memberikan maklum balas sepanjang fasa reka bentuk, pelaksanaan dan semakan. Jawatankuasa teknikal juga harus berunding secara meluas dengan wakil daripada komuniti pelarian serta bakal majikan. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-5) 21. Pastikan sistem pengambilan kerja dan pemantauan yang menyeluruh. Ini mesti dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melindungi hak pelarian dan pencari suaka, dan memastikan bahawa mereka tidak dieksploitasi atau diperdagangkan. (Tham Hui Ying, Asylum Access Malaysia, Cadangan 2G4-5) 86

Sila isi semua ruangan
Maaf Anda telah menyerahkan data anda
Sila isi semua ruangan
download.jpg

justinleong

For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and

Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date

Endors Manifesto Rakyat!

Pengendorsan Manifesto Rakyat oleh rakyat!

Maaf Anda telah menyerahkan data anda
Sila isi semua ruangan
Your data was submitted
Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
73
YI HUI
LIM
Agora Society Malaysia
07/08/2023
72
iudabiuf
idiubiuafn
kjdbawnk
03/07/2023
71
AMDAN @SABAN
TUMPONG
P.184 LIBARAN
11/11/2022
70
Muhammad Danial
Abdul Majeed
Parti MUDA Pulau Pinang
10/11/2022
69
maimuna
merican
individual
04/11/2022
68
Joshua
P
Keep Green Movement
04/11/2022
67
Kennedy
Michael
Individual
27/10/2022
66
MOHD YAZID
ABDULLAH
INDIVIDU
26/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
62
Nancy
yee
Individual
11/10/2022
61
Nazif
Nani
Individual
11/10/2022
60
Cherlanne
Patrick
Individual
27/09/2022
59
Anusha
Arumugam
Individual
11/09/2022
58
kavein
thran
individual
18/08/2022
57
AZMAN
MOHD RADZI
INDIVIDUAL
19/07/2022
56
ANDREW
PANG
Always for People
18/07/2022
55
Iskandar
Putra
P104 Subang
13/07/2022
54
TK
KOH
SABM
13/07/2022
53
Law
Wogt Min
Individual
09/07/2022
52
SV
Singam
Individual
08/07/2022
51
Alex
Abraham
Individual
07/07/2022
50
Farida
Ibrahim
Saya Anak Bangsa Malaysai
07/07/2022
49
Chithra
Adiyodi
Individual
06/07/2022
48
Kean Seng
Goh
LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE
28/06/2022
47
Crietel Eviany
Philip
NA
26/06/2022
46
Subatra
Jayaraj
Individual
25/06/2022
45
Johleen
Koh
Individual
24/06/2022
44
Anwar
Fazal
Individual
22/06/2022
43
mah hui
lim
Individual
22/06/2022
42
ISMAIL
LUMUT
ICON
20/06/2022
41
Wathshlah
Naidu
Centre for Independent Journalism (CIJ)
20/06/2022
40
Dom
Wong
Say No To PJD Link
15/06/2022
39
Suguna
Papachan
Individual
14/06/2022
38
Danesh
Prakash Chacko
TINDAK MALAYSIA
14/06/2022
37
Harmit
Singh
Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
07/06/2022
36
Dennis
Francis
Individual
28/05/2022
35
Leon
Rethual
Individual
28/05/2022
34
Rhea
Martin
Individual
27/05/2022
33
Janette
Matujal
Individual
27/05/2022
32
Faizal
Masri
Individual
27/05/2022
31
Bill
Jugah
Sadia-Rajang/Independent Council Of Natives
27/05/2022
30
Chee Han
Lim
Manifesto Rakyat
27/05/2022
29
Zahid
Alom
Penang Stop Human Trafficking Campaign
27/05/2022
28
Alwi
Muda
Parti Amanah Negara
27/05/2022
27
Xiao Hui
Sem
Individual
27/05/2022
26
Beverly
Joeman
CSO Platform for Reform
27/05/2022
25
Jayanath
Appudurai
Saya Anak Bangsa Malaysia {SABM}
27/05/2022
24
Chee Keong
Chow
Individual
27/05/2022
23
Alice
Tan
Health Equity Initiatives
27/05/2022
22
Calvin Ohsey
Ak Ah Sen
individual
27/05/2022
21
you ping
goh
cdcas
27/05/2022
20
William
Liam
Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak
27/05/2022
19
Nurizzati
Hamdan
Individual
27/05/2022
18
Sivashankar
Krishnapillai
Individual
27/05/2022
17
Seok Ping
Yu
Individual
27/05/2022
16
Sujatra
Jayaraj
Individual
27/05/2022
15
Remy
Majangkim
BAKAS MC
27/05/2022
14
David
Individual
27/05/2022
13
IRENE
XAVIER
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
27/05/2022
12
Haris
Ibrahim
I am the 3rd Force
27/05/2022
11
Michelle R
Usman
Sabah Human Rights Centre
27/05/2022
10
Chan
Yin Hoong
Individual
27/05/2022
9
PH
Wong
Childline Foundation
27/05/2022
8
Sylvester
Gerunsen Jon
Kelab Dayak Pila Sibu (KDPS)
27/05/2022
7
Stanley
Yong
Gabungan Bertindak Malaysia
27/05/2022
6
Jimmy
Berukang
Individual
27/05/2022
5
Yock Lin
Ho
Monsoon Malaysia
27/05/2022
4
ronald
quay
individual
27/05/2022
3
Shanti
Somasundram
Individual
27/05/2022
2
Chia
Yong Tai
Monsoons Malaysia
27/05/2022
1
Mohammad Yunus
Salehi
HEI
27/05/2022

Terima kasih atas sokongan anda!

Hubungi Kami

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami!

Terima kasih kerana menghantar!

© Hak cipta terpelihara Manifesto Rakyat 2021. 

  • Twitter
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page